6 TIPS ATASI GASTRIK

Tiba sahaja bulan Ramadhan, ramai yang mengalami masalah gastrik ketika berpuasa…

Bagaimana gastrik ini terjadi??

Gastrik terjadi apabila berlaku ketidakseimbangan jumlah asid dan lapisan mukosa dalam perut (asid berlebihan).

 

ANTARA PENYEBAB GASTRIK

1) Makanan pedas – perut alah dengan pedas sebab merangsang perut merembes jus gastrik
2) Makanan masam – orang yang gemar makan masam, perutnya cepat menipis akibat hakisan asid hidroklorik

3) Makanan berminyak – makanan yang berminyak susah dicerna oleh perut dan berada dalam perut lebih lama. Ia merangsang perut merembes jus gastrik

4) Minuman berkafein – Banyak minum teh dan kopi merangsang perut lebih aktif

5) Tekanan – Bila tertekan, macam-macam penyakit boleh terjadi, antaranya gastrik

 

Bagaimana nak atasi masalah gastrik???

 

Ha….di sini ada 6 TIPS MUDAH bagaimana untuk mengatasi masalah gastrik…

 

1) Minum Susu Kambing
Susu kambing adalah peneutral terbaik kepada lapisan perut kita yang berasid kerana ianya bersifat alkali;

2) Makan Pisang
Pisang adalah salah satu buah-buahan yang berPH tinggi (beralkali) dan boleh membantu meneutralkan asid dan menghasilkan mukus yang boleh melindungi dinding perut dari asid dalam perut;

3) Menggigit Bunga Cengkih
Menggigit bunga cengkih merangsang penghasilan air liur yang boleh membantu penghadaman. Dengan membiarkan seketika di dalam mulut, akan membantu memberi kelegaan kepada pesakit gastrik;

4) Minum Air Halia
Air rebusan halia atau air rendaman halia yang ditumbuk boleh membantu pesakit gastrik membuang angin yang menyebabkan perut merasa tidak selesa dan kembung. Amat mujarab untuk membuang angin serta merta dan membantu melegakan gastrik dan pedih ulu hati;

5) Makan Bawang Putih Bakar
Bakar sebiji bawang putih bersama kulitnya selama 1-2 minit, kemudian buang kulit dan basuhkan sedikit bahagian hitamnya dan kunyah begitu saja. Insya-Allah, berkesan walaupun agak tidak sedap rasanya. Bawang putih memang membantu melawaskan dan membuang angin akibat gastrik;

6) Minum Air Bersama Habbatus Sauda’
Jika anda mempunyai habbatus sauda’, bolehlah mencampurkan sedikit serbuk habbatus sauda’ ke dalam air minuman bagi membantu memberi kelegaan segera semasa sakit perut termasuklah gastrik, pedih ulu hati atau cirit birit.

 

Mudahkan??

 

Tahukah anda….

 

Dengan mengamalkan pengambilan Susu Kambing Multi semasa bersahur bukan sahaja dapat mengatasi masalah gastrik, ia juga dapat memberikan kita tenaga serta mengekalkan kecergasan sepanjang hari.

 

Ketika berbuka pula, pengambilan Susu Kambing Multi dapat meneutralkan asid perut yang berlebihan akibat dari seharian berpuasa. Ia juga dapat memberikan tenaga agar kita dapat menjalankan ibadah terawikh tanpa rasa lesu dan mengantuk.

 

Dapatkan Susu Kambing Multi anda SEKARANG!!

 

Untuk tempahan secara ONLINE:

http://www.susukambingmulti.com/kedai-online/

Atau hubungi PENGEDAR SAH kami:

http://www.susukambingmulti.com/pengedar/

Atau dapatkan di OUTLET kami:

http://www.susukambingmulti.com/outlet/

 

Hubungi/whatsapp kami SEGERA di talian 011-12318511 untuk maklumat lanjut

 

No comments yet.

Leave a Reply

Untuk tempahan sila hubungi: hotline: 011-12318511 FB: Multi Goat's Milk HQ IG: susu_kambing_multi